Khamis, 14 Mac 2013

Petua Awet Muda (Muka)


Petua Awet Muda
Petua Awet Muda

Tips Awet Muda

Terdapat banyak sebenarnya cara untuk memastikan raut wajah anda sentiasa kelihatan muda dan berseri-seri seperti remaja. Namun ada juga yang menggunakan bahan kimia yag terlarang tanpa mereka sedari walhal terdapat banyak petua tradisional yang boleh digunakan untuk tujuan awet muda dan tidak diketahui oelh orang ramai.
Kebanyakan alat kosmetik dan juga ubat yang ada di pasaran mengandungi bahan kimia dan untuk menggunakanyya ia bergantung kepada kulit muka seseorang. Ada yang pakai dan berjaya dan ada yang tidak.

Petua Awet Muda :

1. Selepas bangun daripada tidur, amalkan minum air suamsegelas dan selawat sebanyak tiga kali. Amalkan ia setiap hari selepas bangun tidur. Insya-Allah muka anda akan kelihatan berseri-seri setiap hari.
2. Ambil pucuk gajus, bersihkan ia dan makan tanpa rebus. Anda juga boleh air rebus pucuk gajus tersebut untuk kelihatan awet muda.
3. Ana boleh gunakan kedua-dua jari telunjuk kedua-dua belah tangan anda dan letakkan di dagu. Pusingkan-pusingkan jari anda mengikut arah jam sehingga ke pipi anda dan seterusnya ke hidung anda dan akhir sekali hingga ke dahi anda. Kemudian minum air suam sebelum mengambil sarapan. Diingatkan kepada anda supaya jangan sesekali mengurut dari dahi ke bawah kerana ia mempercepatkan proses kedutan.
4. Makan daun pudina mentah setiap hari atau anda boleh jadikan ia sebagai ulam ketika makan nasi. Amalkan makan daun ini selalu untuk kelihatan muda dan berseri-seri setiap hari.

P/s : Awet muda ini selalunya diamalkan oleh kaum wanita.kalau lelaki nak boleh saje



Tiada ulasan:

Catat Ulasan