
ANDA biasa membuang air besar dan ada daging membengkak yang akan keluar
bersama najis? Walaupun ia sedikit aneh tetapi daging bengkak itu tidak
sakit dan akan termasuk semula ke dalam dubur.
Adakah anda tahu benda itu dinamakan buasir? Buasir terjadi di dalam
dubur. Ia tidak normal dan memang pesakitnya tidak akan merasa sakit
bila membuang air besar. Buasir masalah kesihatan yang biasa dan
dikatakan setiap seorang dari tiga orang pernah mengalami pendarahan
akibat buasir dalam hidupnya.
Apa penyebab buasir? Di dalam dubur manusia, ada struktur yang dikenali
sebagai "vaskular endocushions" yang menyebabkan otot-otot dubur kenyal.
Biasanya, struktur ini kecil dan tidak ketara. Walau bagaimanapun,
apabila seseorang itu mengalami sembelit ataupun meneran ketika membuang
air besar, struktur ini akan membengkak.
Selepas beberapa lama, ia akan hilang lalu terkeluar dari anus.
Kadangkala ia akan beriringan dengan darah. Pakar perubatan berpendapat,
buasir adalah implikasi kepada postur manusia yang berdiri.
Tahap buasir:
1. Buasir tahap satu; pesakit biasanya mengalami pendarahan.
2. Buasir tahap dua; buasir sudah terjulur keluar tetapi masuk dengan sendiri selepas membuang air besar.
3. Buasir tahap tiga; buasir sudah terjulur keluar dan tidak masuk
kembali selepas membuang air besar melainkan ditekan ke dalam dubur. 4.
Buasir tahap empat; ia kekal di luar anus. Buasir tahap ini boleh
mengalami pendarahan dalam, luka dan bernanah. Ia boleh mengakibatkan
sakit yang serius.
Buasir boleh diubati tetapi ia harus dipastikan terlebih dulu kerana
pendarahan yang terjadi ketika membuang air besar boleh juga dikaitkan
dengan kanser anorektal. Buasir tahap satu biasanya akan diberikan ubat
vasotopik dan dinasihatkan mengubah pengambilan diet. Biasanya diet
tinggi serat seperti buah-buahan, sayuran dan bijiran dicadangkan.
Buasir tahap dua akan dirawat cara yang sama dengan tahap satu tetapi
kerana sudah ada jisim yang terunjur keluar dari anus, langkah tambahan
dibuat dengan `rubber ligation', suntikan fenol dan `photocoagulation'
dipertimbangkan.
Buasir tahap tiga dan empat, memerlukan rawatan pembedahan. Kaedah yang
biasa digunakan adalah `haemorrhoidetomy' sama ada cara terbuka atau
tertutup. Tetapi pesakit berhadapan dengan kesan selepas pembedahan yang
sangat menyakitkan dan proses penyembuhan lambat dan mengambil masa
tiga hingga empat minggu untuk pulih sepenuhnya.
FAKTA:
- Darah ketika membuang air besar
- Biasanya darah itu berwarna merah cerah yang keluar sebelum atau selepas meneran.
- Darah mungkin menitis, menyembur atau tercalit pada tisu tandas yang digunakan.
- Ada buasir terjadi tanpa darah.
- Jenis ini terbentuk dalam alur dubur dan keluar semasa membuang air.
- Ia tidak sakit tetapi gatal-gatal.
Punca buasir
- Sembelit.
- Cirit-birit yang kronik.
- Kekurangan serat dalam pengambilan makanan.
- Hamil dan melahirkan anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan