Jumaat, 26 April 2013

NAK TAHU KENAPA PEREMPUAN MARAH?HEHEHE

1) Kalau perempuan memang tengah hot, memang tak boleh elak. Silap je sikit, mesti kena marah. Ini selalunya terjadi bila diorang tengah stress atau tension. Berlainan dengan lelaki, walaupun tension tapi still under control. Tapi ini juga bergantung pada setiap individu. Ada juga yang main lepas je..

2) Bila pergi shopping, faham-faham je la perempuan ni. Tahap stamina diorang memang berbeza sekali. Mengalahkan lelaki. Diorang mampu berjalan-jalan dalam masa yang lama. Tapi bila dah lama shopping mula rasa penat. Kalau shopping tu, beli barang tak pe juga. Ada juga hasilnya...tapi ini habuk pun tak beli. Kalau tegur sikit kenapa tak beli, cepat melenting. Maka tercetus la peperangan dunia yang entah ke berapa....hehe

3) Lelaki selalu beraggapan kalau perempuan ni suka marah-marah, mesti berkaitan dengan datang bulan atau period. Biasalah perubahan hormone juga boleh mempengaruhi emosi orang. Kalau time period datang, ada sesetengah lelaki akan bersiap sedia menyumbat kapas  ke dalam telinga ....hehe

Sabtu, 30 Mac 2013

23 Fakta Mengenai Lelaki Yang Mungkin Wanita Belum Tahu


Siapa dah baca buku Men From Mars, Women From Venus? Kalau korang baca buku tu mesti korang tahu kenapa lelaki dengan perempuan asyik bergaduh, kenapa lelaki ego dan perempuan sedikit emo. Agak-agak yang perempuan,betul ke korang faham semuanya pasal lelaki? Ini bukan topik gender bias, yelah ada orang sensitif sikit pasal isu gender ni. Hahaha. Tapi saje nak kongsi fakta tentang seorang lelaki. 8)
1. Lelaki tertarik dengan wanita bukan dari rupa paras,tetapi dari segi kekemasan penampilan dan kematangannya.
2. Bila lelaki cakap,”saya tak faham lah dengan awak ni camane” maksud cara wanita berfikir tak sama seperti lelaki.
3. Lelaki boleh angau dengan senyuman seorang wanita. Ohhh~
4. Perkara sensitif bagi lelaki adalah bila teman wanitanya selalu menceritakan perihal bekas kekasihnya.
5. Jangan provok lelaki atau cabar dia dengan mengapi-apikan tentang sesuatu,mesti dia buat punya. Kalau provok benda buruk,lain jadinya.
6. Bila lelaki berkata,”tinggalkan saya seorang diri” itu bermaksud “saya harap awak boleh ada disisi dan menenangkan saya”
7. Lelaki tak suka perempuan gedik!
8. Bagi lelaki, sayang itu tak diluahkan dengan kata-kata tetapi lebih kepada memberi perhatian dan ambil berat terhadap wanita itu.
9. Kadang-kadang lelaki tiada keputusan yang muktamad. Hahaha.
10. Lelaki sukakan wanita yang pandai memasak dan buat kek.
11. Jangan prejudis dan berprasangka terhadap lelaki berkenaan cinta. Bila dia tahu wanita percayakan dia,lelaki akan menjadi begitu serius dalam perhubungan.
12. Lelaki pun menangis. Erkkkk !
13. Bila lelaki menelefon wanita atau ingin memulakan perbualan, soalan pertama yang akan ditanya “ tengah buat apa? sibuk ke?” atau “ awak dah makan?”
14. Sebelum mempercayai seorang lelaki,uji lah dia dulu. Tapi jangan berpanjangan,confirm dia bosan dan anggap wanita tak percayakan dia. Lepas tu, say good bye lerr.
15. Lelaki benci kekotoran dibajunya walaupun kotor tu kecik je. Bagi lelaki,penampilan adalah segalanya.
16. Lelaki akan cuba membelikan barang yang selalunya wanita suka,tapi biasanya mesti tersalah beli. Tak sama jiwa kot. Hahaha.
17. Bila lelaki katakan “awak nampak cantik” bermaksud dia sukakan wanita itu.
18. Bila lelaki minta peluang kedua untuk betulkan kesilapan,berilah ia ruang.Tapi kalau sekali lagi dia buat perangai boleh lupakan je.
19. Lelaki punya banyak masalah tersimpan yang tidak terlihat dari pandangan mata kasar.
20. Bila berbual lelaki tiba-tiba terdiam,wanita perlu katakan sesuatu.
21. Lelaki juga sukakan wanita yang penyayang.
22. Bila betul-betul serius dalam perhubungan,seorang lelaki akan  menyayangi wanita lebih daripada apa yang anda jangkakan. Dan juga lebih dari cara anda menyayangi lelaki tersebut.
questionaireKepada wanita,adakah korang dah sedia maklum tentang perkara-perkara ini. Kepada lelaki, berapa banyak point di atas ini yang betul? Kalau semua betul bolehlah klik Social Button kat bawah ni kongsi ramai-ramai. Hehehe. Ini antara sebab kenapa wanita dan lelaki lain dari segi pemikiran dan perlakuan. Yelah,dua-dua dari dunia berbeza. Sebab tu kalau tak ambil tahu,memang bergaduh je. Okey,siapa nak buat entri balas fakta mengenai wanita yang lelaki tak tahu? ;)

Apa Perlu Ada Dalam Percintaan Jarak Jauh?


Cinta itu sukar untuk ditafsirkan bagaimana ia bermula dan kenapa si dia itu berjaya mencuri hati kita. Persoalan mengenai jarak dalam percintaan kadang-kadang menjadi sesuatu yang serius bila difikirkan. Bercinta jarak jauh wujud sama ada diawal perhubungan jarak sudah menjadi perantara ataupun berjauhan secara tiba-tiba. Berkenalan ketika alam kampus, kursus, terlanggar buku seperti babak drama melayu menjadi titik tolak percintaan dan kemudian terpaksa berjauhan atas urusan pelajaran,kerjaya dan mungkin keluarga. Ramai yang mentafsirkan percintaan jarak jauh besar dugaannya. Tiada bersua, perhubungan terbatas serta sibuk dengan urusan harian yang sedikit sebanyak menjarakkan perhubungan. Lalu bagaimana mahu mengekalkan perhubungan dalam percintaan jarak jauh? Apa elemen penting bila bercinta jarak jauh?
1. Komunikasi Berkesan dan Berterus Terang
Tidak boleh tidak jarak yang memisahkan pasangan itu akan membuatkan komunikasi antara dua sedikit terganggu. Sedikit saja,tak banyak kalau bijak diuruskan demi menjaga perhubungan. Bercinta jarak jauh memerlukan pasangan itu lebih komunikasi diantara mereka. Komunikasi yang bagaimana? Cara berhubung? Itu tak menjadi masalah dengan teknologi yang ada sekarang ini sejauh mana jaraknya pun tetap mudah untuk diakses tetapi kualiti dalam komunikasi. Apa tafsiran anda mengenai kualiti dalam komunikasi?
Jika ada peluang untuk berhubung dengan si dia dalam keadaan tidak sibuk,manfaatkan dengan bertanya khabar,apa yang dilakukan hari ini,ada atau tidak masalah yang membebankan fikiran dan kongsi bersama serta selitkan sedikit humor untuk membibitkan senyuman. Maka disitulah wujud sifat berterus terang dan berkongsi agar kamu sedar bahawa masing-masing saling memerlukan. Komunikasi berkesan bukanlah semestinya perlu berhubung 24/7 ( 24 jam 7 hari seminggu ) setiap masa. Oh! Itu sangat merimaskan dan siapa suka keadaan seolah-olah dikongkong? 2 – 3 kali berhubung dalam seminggu mengikut kelapangan sudah memadai asalkan berkualiti.
2. Bijak Memilih Rakan Untuk Berkongsi Hal Cinta
Bila berjauhan pasti rasa tidak senang didalam hati itu ada. Risau, cemburu wujud bila si dia tiada dekat dengan kita. Bila dekat pun boleh cemburu apatah lagi bila berjauhan? Bagi yang tidak pernah atau pertama kali melalui percintaan jarak jauh sudah tentu ada rakan yang menjadi tempat luahan hati memikirkan perhubungan itu. Seperti yang dinyatakan, dugaan jarak jauh pasti menimbulkan sedikit prasangka. Bimbang si dia tidak jujur dalam perhubungan kamu.
“Kau boleh percaya ke dia kat sana? Entah apa yang dia buat kau bukan boleh nampak!”
“ Percayalah si dia takkan mengkhianati hubungan korang bina selama ini. Aku dah kenal dia macamana”
Kadang-kala ada rakan yang iri hati dengan hubungan yang kamu bina bila lihat jarak kamu berdua jauh terpisah tetapi tetap teguh bertahan,seperti ayat pertama yang cuba mencari alasan untuk menggoyahkan hubungan itu. Perlukah rakan seperti itu! Dan ada juga rakan yang sentiasa memberi sokongan kerana sedar dan faham dugaan berjauhan itu besar. Rakan yang baik dan memahami akan sentiasa menyokong kita bila susah dan senang. Bijaklah memilih rakan untuk berkongsi halcinta kerana kata-kata mudah mempengaruhi perihal hati dan perasaan. Rakan yang menyokong kamu ditambah dengan komunikasi dua hala yang berkualiti membuatkan diri lebih kuat menempuhi percintaan jarak jauh.
3. Saling Percaya Satu Sama Lain
Yang terakhir dan merupakan paling penting dalam menjaga percintaan jarak jauh ialah percaya. Ya! Sikap percaya antara kamu dan dia. Kalau tiada kepercayaan apa guna hubungan itu dijalinkan?
Besar peranan sikap saling mempercayai ini. Masing-masing perlulah saling mengingati tujuan hubungan itu dijalinkan dan atas dasar apa dan kemana hala tujunya iaitu hidup bersama hingga ke akhirnya. Percaya juga bahawa si dia akan tetap menanti kamu walaupun terpaksa berjauhan untuk seketika dan dia tetap setia bersama kamu. Bukan seorang tetapi kedua-duanya perlu berfikir begitu.
Jangan cuba mengkhianati kepercayaan itu. Jangan cuba mencari kasih yang lain dengan alasan si dia berjauhan dengan kamu! Jika kita mengkhianati orang, tak mustahil suatu hari nanti diri kita juga dikhianati. Bijaklah mengatur langkah bilabercinta jarak jauh. Gabungan elemen penting yang perlu ada dalam percintaan jarak jauh iaitu komunikasi berkesan, sokongan rakan dan saling mempercayai perlulah diadun dengan sebati agar dugaan berjauhan itu dapat dikurangkan dan hubungan itu dapat diharmonikan.
Konklusinya takkan berjaya percintaan jika tiada sokongan antara satu sama lain. Mungkin 3 elemen ini seperti tajuknya untuk percintaan jarak jauh tetapi sedar atau tidak jika bercinta dalam jarak yang dekat pun 3 perkara ini mesti ada dalam perhubungan. Hargai cinta yang wujud itu dengan seikhlasnya, kekalkan ia walau apa dugaan yang menimpa sampai bila-bila..
together forever in love
[box type="info"] Entri ini ditulis hasil tontonan drama melayu dan cerita rakan-rakan. Dan yang pasti menulis entri Cinta lebih mudah mendapat feel ketika waktu hujan. Sila kasi rating entri ini boleh? Hahaha. Benarkah hujan membibitkan rindu? 

CINTA JARAK JAUH


Biarpun dipisahkan beribu kilometer, perasaan kasih yang mendalam seolah-olah menutupi kekurangan dan permasalahan yang timbul dalam perhubungan jarak jauh. Sabar dan sanggup berkorban mungkin sesuai menjadi kata kunci bagi pasangan yang bercinta jarak jauh.
Namun, biar situasi apa sekalipun, soal kesetiaan sentiasa menjadi perkiraan dan percaturan penting bagi pasangan bercinta jarak jauh. Tidak kira lelaki mahupun wanita, kesetiaan dalam menjalinkan perhubungan jarak jauh boleh bertukar menjadi duri dalam daging jika dinodai hingga mengikis kepercayaan dan kesetiaan yang disimpan selama ini.
Lama tidak bersua muka, mendengar suara dan sekadar melepas rindu di alam siber – apakah ini mampu dihadapi pasangan bercinta? Apakah hati mampu bertahan andai saban hari hati gundah gulana dan diburu pelbagai kemusykilan dan kegusaran mengenai si dia?
Semua faktor ini sedikit sebanyak pasti menimbulkan ketegangan dan pergeseran dalam hubungan jarak jauh. Apatah lagi, andai si dia jarang menghubungi jauh sekali mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti lazimnya. Akhirnya, hati mula dilanda cuak dan pelbagai persoalan mula menerjah minda.
Sehubungan itu, tidak mustahil soal kesetiaan menjadi persoalan hingga hati mula dikuasai fikiran negatif mengenai si dia yang berubah sikap.
Dalam memperkatakan isu hubungan jarak jauh, bagaimana jejaka menghadapinya? Apakah lelaki boleh menjadi pencinta yang setia dan komited dalam menjalin hubungan bersama si dia walaupun tidak bertentang mata?
Apakah lelaki cenderung tewas dalam permainan jiwa hingga diam-diam curang terhadap pasangan biarpun pada mulanya sekadar berseronok mengisi kesunyian?
Mengulas mengenai hubungan jarak jauh dan perilaku lelaki, Pengarah Institut Sosial Malaysia, Prof. Madya Dr Fadzil Che Din, berkata secara psikologi lelaki mampu mengharungi perhubungan jarak jauh dengan baik berdasarkan kesan pemikiran mereka.
Dr Fadzil berkata, umumnya seseorang lelaki dapat menguasai teknik dinamakan sebagai helah bela diri di mana ia mampu mengharungi ego lelaki dalam berdepan dengan risiko serta keadaan yang mengganggu pemikiran mereka sama ada sedih, rindu dan sunyi.
“Sebab itu, jika kita lihat, lelaki cuba mengalih perhatian mereka daripada terganggu perasaannya dengan mengisi pelbagai aktiviti seperti memancing, bermain bola sepak dan sebagainya.
“Lelaki mampu mengharungi dengan baik kerana pengaruh oleh otak kiri yang memandu pemikiran untuk menjadi lebih rasional,” katanya kepada XY – Ikon Lelaki
Berbanding wanita, kata Dr Fadzil, golongan itu lebih cenderung mengekspresi diri dengan membiarkan rasa sedih, rindu dan sebagainya kesan daripada pengaruh kedua-dua belah otak. Ia secara tidak langsung menjadikan mereka lebih sensitif, beremosi dan romantik.
Mengenai kemungkinan lelaki berlaku curang, beliau berkata, secara dasarnya lelaki berdepan dengan tiga fasa dalam kehidupannya bermula daripada proses awal akil baligh sekitar usia 14 dan 15 tahun sebelum beralih kepada fasa matang seawal usia 24 tahun.
Apabila mencapai usia 40-an, lelaki akan memasuki gelombang penurunan.
“Begitu juga dengan wanita, mereka turut melalui fasa dalam putaran kehidupannya di mana bermula daripada fasa datang bulan hinggalah kepada usia ranum sekitar 21 tahun.
“Berbalik pada kemungkinan lelaki berlaku curang, ia bergantung kepada cara lelaki mengurus dirinya dalam berdepan dengan pelbagai cabaran yang berkemungkinan untuk berlaku curang.
“Apabila mencecah fasa ketiga dalam kitaran hidupan itulah menentukan sejauh mana lelaki mampu berdepan dengan risiko kecurangan,” katanya yang beranggapan tiada sebab untuk menggagalkan hubungan jarak jauh berikutan adanya kemudahan teknologi maklumat (IT) yang semakin maju.
Mengumpamakan pepatah ‘jauh di mata, dekat di hati’, Dr Fadzil berkata, komunikasi yang tiada batasan secara logiknya mendekatkan hubungan walaupun tiada bentuk hubungan fizikal yang dapat terjalin. Penting untuk menanamkan kepercayaan dalam hati untuk memastikan hubungan jarak jauh berkesan untuk satu tempoh masa yang panjang.
Dr Fadzil berkata, adalah berbaloi untuk meneruskan hubungan jarak jauh asalkan masing-masing sanggup bekerja keras dan tidak sesekali cuba membangkitkan perkara yang boleh mencetuskan provokasi hingga akhirnya boleh menggugat kepercayaan dan kebahagiaan.
“Dengan hubungan sebegini, kita sepatutnya rasa gembira kerana ia sebenarnya menguji sejauh mana kita mampu mengharungi cabaran hidup berjauhan. Malah, apabila sudah berdepan cabaran sejauh ini, tiada masalah untuk kita berdepan cabaran lebih besar.
“Cuma pastikan, sentiasa memelihara hubungan dan tidak membangkitkan beberapa persoalan hingga boleh mencetuskan pertelingkahan. Apabila bertelingkah, bimbang pula ia boleh membawa kepada konflik lebih besar sehingga boleh berpisah,” katanya.
10 perkara yang harus difikirkan sebelum menjalinkan hubungan jarak jauh:
1. Jangan terburu-buru
Memang wajar untuk menangguhkan ungkapan cinta pada si dia kerana masalah logistik dirinya memungkinkan anda sekadar membuang masa saja dalam soal perhubungan.
2. Mula sebagai kawan
Janganlah hanya sekali bertemu sudah menjanjikan cinta menggunung tinggi. Setidaknya mulakan ikatan sebagai seorang teman sebelum membuat keputusan lebih besar dengan bercinta.
3. Kerap bertemu
Harus untuk anda sering bertemu dengan si dia kerana dengan cara sedemikian barulah anda dapat mengenali ‘warna sebenar’ dirinya. Manalah tahu, selepas tiga kali bertemu akhirnya anda tidak pula rasa tertarik dengan sikapnya!
4. Uji kesabarannya
Sesekali wajar juga untuk menguji kesabaran pasangan yang baru dikenali. Lebih-lebih lagi dalam hubungan jarak jauh, memang perlu memberikan sedikit ujian dengan harapan mengetahui sejauh mana dia mampu berdepan dengan risiko hubungan sebegini.
5. Bertanyakan soal komitmennya
Tidak salah memulakan langkah ke arah komitmen. Lihat reaksinya, adakah dia juga bersedia ke arah itu. Namun, anda usah pula terburu-buru menyahut cintanya kerana masih perlu mengenali lebih lanjut.
6. Lihat tingkah-laku
Apabila sudah saling mengenali dalam tempoh beberapa ketika, anda boleh mengenali dirinya yang sebenar. Selidiki personalitinya sama ada benar-benar ‘sekepala’ dan bukan dari jenis yang mengongkong.
7. Tidak kedekut
Tidak kiralah lelaki atau perempuan, paling penting janganlah memiliki pasangan yang kedekut soal perbelanjaan. Seperti jika berhubung, janganlah asyik kita saja yang menelefon, si dia juga perlulah bertolak ansur.
8. Pandangan orang sekeliling
Jangan ambil risiko bersendirian, sebaiknya dapatkan pandangan rakan baik dan anggota keluarga mengenai hasrat untuk lebih serius dalam menjalinkan hubungan jarak jauh. Tidak mahu menyesal kemudian hari.
9. Biar berbaloi
Biar berfikir lanjut. Pastikan biar hubungan itu benar-benar berbaloi untuk diteruskan jika ingin menjalinkan hubungan secara serius termasuk soal masa depan untuk hidup bersama.
10. Berdepan risiko
Apabila menjalinkan hubungan jarak jauh, secara logiknya anda harus akur dengan risiko kegagalan dalam perhubungan. Andai sanggup mengharungi suka duka hubungan serta kemungkinan kegagalan dalam percintaan rasanya bolehlah anda menyahut cinta si dia!as

Tanda pasangan kalian mulai CURANG





Curang adalah menghancurkan sebuah Kepercayaan. Sedangkan Kepercayaan itu sendiri adalah“Hayat” kepada hubungan yang bahagia. Jika kalian fokus kepada perhubungan cinta yang berlandaskan kejujuran,kesetiaan dan kepercayaan sepenuh masa adalah tidak mustahil untuk pasangan kalian curang. Mempercayai dan berkongsi segala kebenaran kepada pasangan kalian sedangkan mereka tidak, adalah perkara yang paling sedih dan menyakitkan hati!!


Ketahuilah bahawa ini lah tanda nya pasangan kalian mula berlaku curang :
  1. Pasangan kalian sudah berubah dari segi sikap dan cara layanannya kepada kalian
  2. Kalian mula menyedari tanda-tanda pasangan kalian cuba menjauhi diri dari kalian
  3. Kalian merasakan pasangan kalian boleh meninggalkan kalian pada bila-bila masa
  4. Kalian ragu-ragu dengan tahap kesetiaan pasangan kalian
  5. Risau berasa tidak selamat dengan hubungan jarak jauh kalian
  6. Ada orang ketiga yang menganggu hubungan kalian
  7. Risau pasangan kalian digoda rakan sekerja

dan hiduplah berpandukan hukum karma..
if 1 day kita tak bersama dia kerana kecurangan dia...n tak mustahil org yg dia pilih itu akan curang balik pada dia...

Tips Cinta Hubungan Jarak Jauh


Hi Pencinta sekalian.

NanaHafiz  di sini dan pada posting kali ini saya akan berkongsi tentang bagaimana untuk menjaga hubungan jarak jauh agar terus berkekalan malah lebih hebat daripada keadaan sekarang.
Sebagaimana yang kita tahu, cinta antara dua insan hendaklah mempunyai penghubung atau ‘connector’ yang menyambung kedua-dua hati mereka.
Jadi persoalannya sekarang, bagaimana kita hendak mengekalkan hubungan jarak jauh?
Jawapannya adalah kita perlu sentiasa mendail nombor hati pasangan kita dan menghubungi mereka selalu :)
Berikut adalah tips cinta ringkas untuk mengekalkan hubungan cinta jarak jauh.
1) Usahakan untuk berjumpa walaupun sekejap.
Ya, kalau boleh selagi kudrat masih ada, selagi sihat dan selagi ada wang, usahalah untuk berjumpa dengan pasangan anda yang nun jauh di sana. Dengan berjumpa pasangan anda walaupun seketika akan recharge balik kenikmatan dan keindahan cinta anda berdua.
Rindu…..Jumpa. Rindu….Jumpa. (Berjumpa mengikut batas-batas moral dan agama ya :) )
2) Sentiasa mengingatkan diri agar terus setia pada pasangan.
Kebanyakan hubungan cinta jarak jauh tidak kekal adalah disebabkan rasa ‘insecurity’ pada diri kita sendiri. Kita asyik berfikir “Ah mesti dia ada lelaki lain kat sane, sia-sia je aku setia” , ” Betul ke hubungan ni boleh di bawa ke jinjang pelamin nanti? Cari sini lagi best.” dan ______________(isi tempat kosong).
Jadi anda harus menarik semangat kesetiaan di dalam hubungan anda dengan membersihkan diri anda dari sebarang ketakutan dan percaya pada diri anda dan juga pasangan.
3) Beri kejutan kepada pasangan anda
Hubungan yang sudah lama sering bertukar menjadi hubungan yang bosan kerana masing-masing sudah ‘selesa’ dengan perbuatan masing-masing. Kalau dulu bukan main lagi sentiasa senyum dan maintain macho, pakai wangi-wangi, rambut sikat kemas dan macam-macam lagi perkara yang control.
Cara untuk memecah pola hubungan bosan ini adalah untuk meletakkan elemen of surprise iaitu sebarang kejutan yang bermakna kepada pasangan anda. (saya tidak menanggung sebarang kejutan yang membawa padah seperti sakit jantung ya :) )
Kejutan yang betul akan memberi pasangan anda perasaan terkejut kegembiraan disamping terharu dengan tindakan anda sekaligus mengukuhkan lagi perasaan cintanya kepada anda.
Okay, harap anda boleh praktikan tips cinta ringkas pada posting kali ini.
Ingat, jika anda hendak mengubah situasi hubungan anda, anda harus berani bertindak bukan hanya merancang tanpa sebarang tindakan susulan. Nasib hubungan anda terletak pada keputusan anda.
Semoga Berjaya. Jumpa lagi ….

RAHSIA MENAMBAT HATI LELAKI

Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki?

Menangkan lelaki untuk menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menag dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.
Sifat negatif akan membuah kesan negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah.
Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab
Sebenarnya tanggung jawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun.
Kritikan akan membuahkan kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula.
Beri kepada lelaki apa yang dia mahu
Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagiua dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.
Tunjuk minat tulin terhadap lelaki
Dia akan menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda.
Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda.
Panggillah lelaki dengan panggilan manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita. 
Hormati dia sebagai lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat.
Dunia Lelaki Yang  Berbeza Dari Wanita
Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:
Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.
Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.
Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.
Lelaki pentingkan kejujuran
Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya. 
Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan
Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.
Lelaki tidak suka dikritik
Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. 
Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat. 
Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.
Lelaki juga mahukan sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: “saya cintakan abang..” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…”
Lelaki dan ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.
Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.
Lelaki mesra tanpa beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja. 
Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia perlu untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Janinan atau hubungan antara dua perkara ini, iaitu kemesraan cinta berahi (seks) dan kemesraan emosi cinta kasih (emosi) tidak penting pada ramai lelaki. 
Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah pada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding dengan wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan. Tetapi jika tanpa emosi seks boleh dilakukan juga oleh lelaki.
Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samaada sebelum atau selepas kemesraan seksual, kekecewaan akan melanda wanita. Tetapi tidak lelaki.
Lelaki suka menyelerak
Lelaki bersifat suka menyelerak barang-barang dan berharap isteri akan mengemaskannya. Kadangkala lelaki mahu isterinya bersifat sebagai ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, adakalanya lelaki mahu dijaga oleh seorang ‘ibu’. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tak langsung dengan menyelerak.
Lelaki diumpan menerusi matanya
Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi dirinya dengan keindahan. Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki. Lelaki cenderung untuk mencari keghairahan penglihatan, sedangkan wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesan terhadap imaginasinya. Pujuklah Ia Walaupun Terpaksa
Lelaki tidak meminati wanita? Itu adalah satu pembohongan. Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.
Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang:
1.Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membakitkan perasaan
2.Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.
3.Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.
4.Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.
5.Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita.
6.Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.
7.Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapka rasa bosan dan jemu. Dan sebab itilah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.
8.Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.
9.Bersikap penggoda keran awanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenagi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum. 
Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat wanita. Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.
Wanita Dari Pandangan Mata Lelaki
Ada ramai wanita di dalam dunia ini. Tetapi adakah semua wanita itu mempu menarik minat lelaki untuk mengenalinya. Kadang-kala seorang lelaki hanya mahu menduga hati seorang wanita sahaja bila mendekati mereka. Tetapi tahukah anda wanita yang bagaimana boleh menarik minat lelaki untuk mendekati mereka? Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan lelaki mendekati seseorang wanita.
1.Personaliti seorang wanita itu penting. Dengan personaliti yang meyakinkan seseorang lelaki boleh terpikat bila memandangnya. Mereka juga akan berasa lebih yakin untuk mendekati wanita tersebut.
2.Lelaki terkenal dengan mata jalanannya. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan wanita yang seksi, apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang menghairahkan. 
3.Penampilan, gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga kadang-kadang membuat seorang lelaki terpikat. Ada kalanya salah satu daripada faktor itulah yang buat lelaki terlalu ingin mendekati seseorang wanita. 
4.Ada juga lelaki yang mementingkan kesopanan. Lelaki yang lebih sukakan wanita sebegini selalunya lelaki yang tidak suka berfoya-foya. Mereka lebih suka mendampingi wanita yang tidak akan memalukan mereka. 
5.Memang tidak semua lelaki mementingkan wajah. Tetapi ada juga lelaki yang mudah tertarik pada wanita yang cantik, ayu dan anggun. Ada ketikanya sehingga membuatkan mereka menoleh untuk kali kedua bila memandangnya. 
Walaubagaimanapun tidak semua lelaki yang mementingkan fizikal seseorang wanita, ada juga lelaki yang lebih mementingkan faktor dalam diri seseorang wanita.

Cara Hack Password Wireless/Wifi



Sebelumnya anda Harus mendownload Tool-tool di bawah ini :

Menggunakan Cain & Abel :
  1. Buka Program Cain and Abel anda
  2. Klik pada configure (Pada bagian Siniffer pilih Ethernet Card yang anda gunakan)
  3. Klik apply
  4. Kembali ke menu utama disana terdapat 8 tab yaitu sniffer,decoder,network dll. pilih tab Sniffer
  5. Untuk Mengaktifkan Sniffer pilih tombol Start/Stop Sniffer yang ada pada bagian atas tab (di dekat icon folder)
  6. Apabila anda berada pada jaringan Hub maka anda sudah bisa mengetahui Passwordnya dengan mengkelik tab password pada bagian bawah tabelnya (Bila anda ternyata ada di jaringan switch, ini membutuhkan perjuangan lebih)
  7. Pilih tab APR yang berada di bagian bawah list tabel
  8. Aktifkan APR yang tombolonya ada di sebelah kanan start/stop Sniffer (Dan ini tidak dijamin berhasil karena manage dari switch jauh lebih lengkap&secure dari hub)
  9.  Setelah itu pada tab APR akan terdapat 2 tabel list yang kosong ,klik list yang paling atas lalu pilih Tombol + yang berada di sebelah atas tab sniffer.
  10. Hubungkan antara alamat ip korban dan alamat ip gateway server (untuk mengetahui alamat gateway server klik start pada komp anda pilih run ketik cmd lalu ketik ipconfig pada command prompt)
  11. Setelah itu baru aktifkan APR, dan semua data dari komp korban ke server dapat anda lihat dengan cara yang sama. 
  12. Jalan Program Wireshark anda
  13. Tekan Ctrl + K pada keyboard atau Klik Capture lalu Option
  14. Pilih Ethernet card yang anda gunakan (Pastikan anda mencentak capture Packet in promisous mode)
  15. Klik start
  16. Apabila anda sudah yakin ada password yang terjaring maka anda bisa mengklik tombol stop
  17. Untuk menganalisis datanya klik kanan pada data yang akan di analisis lalu pilih Follow TCP stream. Untuk cara menganalisis datanya saya tidak akan menjelaskannya karena saya juga tidak bisa.
  18. Selesai
Untuk Hasil yang lebih maksimum anda bisa Macam-macam jenis akses WIFI :Macam-macam jenis akses WIFI :

Secure, artinya untuk dapat mengakses kita harus memasukkan password

Uunsecure, artinya kita bisa mengakses wifi tanpa harus mengisikan password, jadi langsung Connect

Yang unsecure, kadang juga tidak bisa mengakses internet walau bisa konek ke jaringan. Hal ini karena ada pengaturan IP. Untuk server yang menggunakan ip dinamik, maka kita tidak usah pusing dengan ip, karena ip sdh otomatis dimasukkan oleh server ke klien (computer kita).Untuk server yang menggunakan static ip, maka kita harus secara manual memasukkan ip untuk computer/laptop kita.
Jika kita bisa konek ke wifi tp tidak bisa akses internet, cubalah ubah ip laptop kita. Caranya :
  • klik kanan icon wifi di bawah kanan layar 
  • pilih properties
  • pilih Advanced
  • pada bagian connection pilih Internet Protocol (TCP/IP)\
  • pilih static ip
  • pada ip isi : 192.168.0.212
  • pada Net Mask isi : 255.255.255.0
  • pada getway isi : 192.168.0.1
  • pada dns server isi : 192.168.0.1 
  • klik ok.
Oke Berikut langkah-langkahnya :Menggunakan Wireshark :Cara diatas hanya berlaku pada jaringan Hub saja bukan jenis jaringa switch, karena pada jaringan switch lebih rumit dan secure bila dibandingkan dengan jaringan hub.


Apa Yang Anda Perlukan Ialah Cinta




Apa Yang Anda Perlukan Ialah Cinta
Cinta Akan Membuat Anda Terus Hidup

Sudah banyak penyelidikan saintifik yang mengesahkan kuasa cinta dan kasih sayang dalam membantu anda untuk kekal sihat, hidup lebih lama dan rasa lebih gembira. Mengapa?

Mengikut pakar-pakar, cinta boleh:
  • Mencegah penyakit.
    Mereka yang bahagia dalam perkahwinan mempunyai risiko lebih rendah terhadap penyakit kardiovaskular, pneumonia dan kanser.
  • Mengurangkan kesakitan.
    Perkahwinan boleh memberi kelegaan terhadap artritis rheumatoid (RA), sakit kepala dan sakit belakang malah kesakitan dari kejutan elektrik.
  • Menurunkan tekanan darah.
    Pelukan boleh menurunkan bacaan tekanan darah wanita dengan cepat.
  • Menghilangkan kemurungan.
    Hubungan jangka panjang membuatkan kurang berisiko untuk menjadi murung, cemas atau membunuh diri.
  • Memberi anda rasa keseronokan semulajadi.
    Para saintis di New York baru-baru ini telah mengesahkan rasa keseronokan yang anda rasai ketika jatuh cinta adalah serupa dengan kesan dadah kokain – tetapi ianya adalah murah, tidak bahaya dan memang sah di sisi undang-undang.

Rita Rudaini Ada Alasan Sendiri Enggan Ikut Arahan Suami



Apa khabar anda di hari Jumaat yang indah ini? Izinkan Abang Nara berkongsi sebuah lagi cerita mengenai kemelut rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan. Menerusi portal Murai, Rita menerangkan yang dia ada alasan tersendiri mengapa tidak lagi mahu mengikut arahan suaminya.
rita rudaini
Walaupun ramai yang berpendapat Rita harus mengikut segala arah suaminya yang selagi mereka berdua masih bergelar suami isteri, Rita menjelaskan apa yang dilakukan adalah demi anak-anaknya. Kata Rita:-
Sekarang ini, Rita ada sebab untuk tidak ikut cakap Aidil. Kalau dia sudah tidak bertanggungjawab lagi, buat apa Rita nak tunduk dengan perintah dia. Dalam undang-undang pun ada menyebut, seorang isteri boleh tidak ikut cakap semua kalau suami itu bermasalah. Orang boleh senang-senang tuduh saya macam-macam. Saya sudah ditinggalkan dia selama setahun. Duit juga bukannya boleh jatuh ke riba dengan mudah. Saya buat sekarang demi anak-anak
rita rudainiMalah Rita juga memberitahu yang dia sangat sedih dan terkilan dengan apa yang terjadi sekarang ini. Kata Rita lagi:-
Sebelum ini, Rita tidak pernah mengeluh selepas Aidil meminta Rita untuk tidak berlakon dengan pelakon tersebut. Rita hanya ikut permintaan dia sebab sebagai isteri Rita perlu turutinya. Pun begitu, sekarang ini Rita rasa sangat terkilan. Pada waktu bersama, Rita telah meletakkan perkara yang paling Rita sayang iaitu berlakon di tangga yang ketiga semata-mata kerana perkahwinan. Bagaimanapun, perkara yang Rita korbankan selama ini telah dipersiakan. Rita rasa sedih sangat dan dissapointed
ritaAbang Nara kasihan juga sebenarnya pada si Rita ini. Mesti penat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan ayah. Nak cari duit besarkan anak-anak bukan satu perkara mudah. Semoga Rita tabah dan dimurahkan lagi rezeki demi anak-anak yang tercinta.

Anak Lelaki Sulung Ayu Raudhah & Zaquan Adha



Zaquan Adha telah pun berkongsi gambar putera sulungnya hasil perkahwinan dengan Ayu Raudhah menerusi akaun Twitternya. Sangat-sangat comel. Sekali pandang macam muka Zaquan pun ada. Tahniah diucapkan atas kehadiran cahaya mata ini.
gambar anak ayu raudhah
Turut sama hadir untuk menyambut kehadiran ahli keluarga baru mereka ini ialah kembar Zaquan, Aidil Zafuan. Pasti Aidil pun teruja untuk mendapat anak buah.
gambar anak ayu raudhah
Semoga si comel ini akan membesar dengan sihat dan sempurna. Tahniah diucapkan buat Ayu Raudhah dan Zaquan sekali lagi. Selamat berjaga malam menjaga si comel anda.

Jumaat, 29 Mac 2013


Golongan belia dinasihatkan memahami bahawa tujuan di sebalik pemberian rebat RM200 oleh kerajaan adalah bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan memiliki telefon pintar
Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, belia yang mampu membeli telefon pintar berharga lebih RM500 tidak perlulah memohon supaya peluang terbuka kepada individu lain yang kurang mampu memenuhi kuota 1.5 juta orang di bawah tawaran Pakej Komunikasi Belia itu

Jika mampu beli telefon pintar berharga RM1,000 hingga RM2,000, tidak perlulah mengharapkan bantuan kerajaan beli telefon

Belia perlu belajar tengok keperluan (rakan) yang lain, bukan tengok keperluan kita sendiri sahaja,” katanya kepada Bernama
Mohamed Maliki mengulas keresahan kalangan belia mengenai rebat itu yang hanya untuk pembelian telefon pintar berharga sehingga RM500

Senarai telefon pintar yang akan ditawarkan adalah seperti berikut
senarai handphone dapat rebate rm200 senarai model telefon pintar 3g yang dapat rebate rm200
1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790
Senarai model akan dikemaskini dari
masa ke semasa jika terdapat penambahan model di laman web penyedia perkhidmatan
Permohonan bagi Pakej Komunikasi Belia (PKB), di
bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara boleh dibuat dengan mendaftar secara
dalam talian (online) di http://nbi.skmm.gov.my bermula dari 1 Januari 2013
Skim
ini dibuka kepada 1.5 juta belia yang layak atas dasar ‘siapa cepat dia dapat’
sementara stok masih ada
          Terkini Jemaah Menteri sudah bersetuju supaya belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan

T
R
A
E
H
Y
M
E
R
'
U
O
Y